Monday 28 May 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini, 29 Mei 2012, Cikgu Hanis berjaya membuat Blog Kanak-Kanak. Blog ini menyediakan pelbagai informasi mengenai kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. 

Melalui blog ini, Cikgu Hanis berharap agar kita semua menghargai dan menyayangi kanak-kanak kerana mereka merupakan pewaris bangsa yang mentadbir negara dengan acuan kita sendiri. Kepada ibu bapa, didiklah anak-anak dengan didikan yang sewajarnya. Jangan lupa, didikan agama juga tidak kurang pentingnya! Dengan adanya iman dan taqwa yang kukuh, maka jati diri kanak-kanak yang bakal bergelar 'remaja' juga akan kukuh. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif dan budaya songsang. Ingatlah, merupakan tanggungjawab kita untuk membentuk anak kita yang membawa kita ke syurga atau neraka. Tambahan lagi, pengaruh atau ajaran yang diberikan kepada anak-anak semasa kanak-kanak lebih mudah diikuti berbanding semasa mereka remaja yang lebih banyak dipengaruhi rakan-rakan remaja.



Kepada pembaca yang masih lagi bergelar 'kanak-kanak', inilah masa untuk adik semua mengenali potensi diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Sesungguhnya, kejayaan adik-adik hari ini adalah permulaan masa hadapan yang gemilang. Hanya adik-adiklah yang boleh menggembirakan ibu bapa adik-adik semua dengan kejayaan, bukannya 'kehancuran diri'. Hormati dan sayangilah ibu bapa adik-adik yang telah banyak berkorban. Oleh yang sedemikian, hargailah masa muda kamu!